Friday, April 29, 2016

bELATED bUFDAY aYAH

Sambut Bufday Ayah... Padahal Dh Lambat Sgt Tertinggal Tarikhnya 14 april kot.. Tp X Pe.. Niat Nk Hepikn Hati Org Tua Yg Penting Kn... Atlest masih dlm bulan April lg… hehehe…


Sekadar Yg Mampu Jelah Mkn Kt Johor Steamboat Adda Height Johor Bahru... Dekat & Murah.. Seorang Just Rm 25.00 & Budak2 Bawah 12thn Free Je... 
Alhamdullillah.. Ayah & Ibu Hepi Sgt… Ajak Semua Asalnya, Tp Nth Yg Muncul Just Adik Ipar Yg Bungsu Je… Xpelah… Yg Penting Ayah & Ibu Ada…

dapat dok jauh dr abah.. seronok!!


bos selalu busy

Hero

hehehe

my hero

wan firas & poksu firas

bufday boy.. hehehe & poksu

LOVE


Monday, April 18, 2016

ANEMIA-mari megenali penyakit ini..

Anemia
Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
1.     kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
2.     pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
3.     pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Simptom Dan Tanda
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di manaoutput jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantungboleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.
Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.
Diagnosis
Satu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobinpenganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kekadangnya, ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan, tahap-tahap glukosakadar pemendapan eritrositferitin, ujian fungsi renal serta elektrolitmungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif. Tanda-tanda yang senang dikenalpasti bagi pesakit anemia antaranya adalah:
Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemolitik .

Anemia Mikrositik

Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.
Anemia kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang. Wanita sering mengalami masalah ini, kerana kadar wanita kepada lelaki yang mempunyai masalah ini adalah 10:1 (sepuluh wanita untuk satu lelaki). Hal ini sering dikaitkan dengan pendarahan teruk (heavy bleeding) yang dialami sesetengah wanita. Kajian menunjukkan pelajar perempuan dengan tahap zat besi yang rendah berprestasi lebih teruk dalam pelajaran dan tahap IQ berbanding gadis normal dan pelajar lelaki. Kekurangan zat besi juga boleh disebabkan pendarahan dalaman, terutama sepanjang saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar atau kolon, rektum dan dubur). Walaupun sebabnya berbagai-bagai, pendarahan di mana-mana tempat sepanjang salur ini boleh disebabkan oleh kanser. Oleh itu, tempat dan sebab pendarahan berlaku perlu dikenal pasti dengan tepat oleh doktor bertauliah.

Anemia Normositik

Anemia normositik selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti yang dialami orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya atau orang yang mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri. Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah merah yang cukup (berbeza dengan anemia milrositik yang disebabkan kekurangan hemoglobin, bukan sel darah). Sebagai contoh, kegagalan ginjal yang kronik menyebabkan pengurangan kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah. Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.
Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal. Sindrom ini selalunya akan menjadi leukemia.
Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang, namun ia berkembang dan memburuk dengan lebih pantas.

 

Anemia Makrositik

·        Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan . Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaanautoimun (autoimmune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
·        Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
·        Anemia hemolitik adalah anemia di mana pelupusan atau degradasi (degradation) sel darah merah berlaku terlampau cepat. Jaundis (demam kuning) dan peningkatan tahap enzim laktat dehidrogenase (lactate dehydrogenase) merupakan simptom-simptom anemia hemolitik. Sebabnya berbagai-bagai, antaranya autoimun, masalah genetik ataupun masalah mekanikal seperti pembedahan jantung atau sirosis hati (liver cirrhosis)
Rawatan untuk kekurangan vitamin B12 (yang menyebabkan anemia makrositik) telah dijumpai oleh William Parry Murphy. Beliau melukakan anjing-anjing eksperimen sehingga semuanya menjadi anemia, dan kemudian memberi mereka pelbagai bahan dan zat makanan untuk mencari bahan yang mampu mengubat anemia. Berdasarkan kajian beliau ini, memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia. George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan vitamin B12 dari hati. Untuk itu, ketiga-tiga orang ini berkongsiHadiah Nobel 1934 dalam Perubatan.


Rawatan Bagi Anemia
Terdapat banyak jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada keterukan dan punca anemia.
Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti perdarahan perut (gastrointestinal) akibat ulser atau barah kolon. Anemia kekurangan zat besi ringan hingga serdahana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakan ferous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh bagi menyerap zat besi.
Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi (chemotherapy), atau anemia dikaitkan dengan penyakit ginjal, bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.
Bagi kes anemia teruk, atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.

Monday, April 11, 2016

Kubur Arwah Emak & Ayah

09/04/2016  - SABTU – TANAH PERKUBURAN KAMPUNG MAJU JAYA – JOHOR BAHRU

Jam 9pg lg Datin & Adik Bongsu Datin si Natasha Rahmat dh celik mata.. plan harini nk ke kubur arwah Emak & Ayah… nk bersihkan kubur.. sbb minggu lps Datin dh g dgn Zafiqah Rahmat & suami die.. Semak sgt.. mgkin org yg bersihkan kubur tu tgh x lrt sbb cuaca skrg kn bahang sgt.. xpelah.. kami xmarah g pon Datin dh rindu sgt..

Hero xnk bgn, mls nk layan Datin angkat je tros.. die ni mmg xde masaalah.. x mengarok sgt, kdg2 jer dtg gedik barulah nk megarok…

First tu g umah kakak yg sulung, umah die dekat je dgn kubur sbb nk pinjam cangkol, tuan umah xde g kl, tp mg tw cangkol umah die tu kt depan je sbb husband dia aka abang ipar Datin ni tgh rajin berkebun kt depan umah die..hehehehe

Mmg semak sgt plus sedih sgt.. mls nk tggu2 sbb nnti cuaca pns so tros je mula mencangkol rumput2 then bersihkan pokok bunga yg dh meninggi & membesar sampai msk kawasan org..


sebelum..




gigih angkut air nk lembutkan tanah


ayah

emak


ada gaya penggali kubur & asst nya..

mari lah pulang...

pelakon tanah kubur musim baru

pulang...


Alhamdullillah Hero sgt behave…selesai semua tggl nk bersihkan batu nesan je next plan.. giler sakit tgn.. mane idoknya.. biase dok aircond.. tekan keybord je.. kali ni cabar diri pgg cangkol weh.. hahahaha.. pape pon syukur selesai first plan..

Belated Bufday Hero :: By Moktam & Moksu ::

10/04/2016
Ahad
JohorBahru, Johor

Bufday Hero masih disambut, biaselah Moksu die baru balik sini cuti sempena tunggu tmpt praktikal, & Moktam die baru ade cuti… So ptg tu dh plan nk g taman sementara tunggu Moktam dtg mlm, Moksu ajak berjalan dok umah bahang sgt..  tp bila kuar umah cuaca mendung, gelap sgt langit…

Moksu lak gatal tekak nk mkn eskrim mekdi bagai, so alang2 dh bawak Hero kuar kite dok lah mkn kt mekdi bg Hero main kt playground kt mekdi tu.. sbb rase x sempat nk g taman.. nampak seperti puas hati jgk lah… hahaha…

Peace!!

jumpe Kukak!! pandai dh berkawan..

Otw... sempat..

macamana nk DIET!!

MOKSU & HERO


Bile kuar dr Mekdi tu, tgk cuaca mcm ok lak.. tp taman pon sebenarnya jln kaki 5min je dr umah Datin, so alang2 tu lalu lah tgk keadaan… nmpk ok jer tros park n turun… hero xde tunggu2 tros lari jer.. laju pulak tu… sampai tergolek .. huhuhu…




Lps waktu Magrib tu Moktam sampai.. so plan2 nk ajak celebrate bufday Hero, even dh jauh sgt tarikh, tp sbb nk jgk buat n mmg Hero ni kira kesayangan Moksu & Moktam so dieorang ttp jgk nk g sambut.. dgn xde2 wet tu.. sanggup kongsi2.. hehehehe..


KAMI


Bidadara Syurga Mama

yummy!!



KEK FOR HERO

Datin Ajue hahahaha

Moktam

Mama semakin membesar dgn jayanya

Hero gedik!!

Tegkiu Moktam & Moksu… Semoga murah rezeki kalian… amin..amin..amin…


Tuesday, April 5, 2016

< HERO MAMA & ABAH TURN 2 >

MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN, SINONIM DENGAN KEK & PARTY KECIL… PALING TAK PON ADELAH MKN YG SPECIAL DAN DOA SELAMAT… TP… KALI NI UTK SAMBUTAN ULANG TAHUN MUHAMMAD HANIF FIRAS YG KE 2 TAHUN, SAMBUTAN HANYALAH SEDERHANA… MMG NIAT X NAK MEMBAZIR DAN YA MMG XADA BAJET KEWANGAN NK KEARAH MENYAMBUT DGN MERIAH…

SEBELUM INI MAJLIS AQIQAH MUHAMMAD HANIF FIRAS MERIAH SGT, FIRST SAMBUT KT RUMAH KELUARGA SEBELAH ABAH FIRAS, SEKOR KAMBING TUMBANG… MAMA BARU HABIS PANTANG, SAING MAJLIS KHATAM UTK MAJLIS PERKHAWINAN MAK NGAH FIRAS, MERIAH SGT.. TP MASE TU KT RUMAH ORG NK BERGAMBAR PON X DAN.. HEHEHEHE..

KALI KE DUA MAJLIS AQIQAH MUHAMMAD HANIF FIRAS KT UMAH IBU ALONG, SAMBUT SEKALI ULANG TAHUN FIRAS YG PERTAMA… MERIAH JGK SEKOR LG KAMBING TUMBANG, AL MAKLOM ANAK LELAKI KAN KNE TUMBANG 2 EKOR, X MAMPU NK BUAT SEKALI BOLEH ASING2 IKUT KEMAMPUAN… MASA NI BUAT DOA SELAMAT SEKALI SBB PAK LONG BARU SIAP BUAT UMAH BESOR!! DAN SEDEKAHKAN TAHLIL UTK ARWAH TOK KING & MAK NENEK… MASA NI ADE PIC BOLEH BUAT KENANGAN… CUME X DPT NK TGK KAMBING TU SBB BZ SGT…

kek sposerd by Ibu Along

Mak Andak

Happy Family..Love!!

Pokteh & Mak Andak

keluarga mertua

Abah + Mama = Firas


SO KALI NI SAMBUT BUFDAY FIRAS ALA KADAR SAHAJA.. SANTAI… IN SHA ALLAH BKN X MAMPU TP BIARLAH BERPATUTAN DGN KEWANGAN MAMA & ABAH BUAT MASA NI.. YG PENTING KAMI INGT & TTP JGK MERAIKAN DGN KESEDEHANAAN…

IN SHA ALLAH… ESOK DH BESAR DH PAHAM.. MAMA & ABAH AKAN BUAT MAJLIS KESYUKURAN SEKALI UTK MUHAMMAD HANIF FIRAS YA… KALI NI KITE SANTAI2 MKN PIZZA & JEJALAN JE.. YG PENTING NMPAK KEGEMBIRAAN KT MUKA HERO MAMA SBB DPT BELON BOBOIBOY…



nk tayang fesyen tudung jer...



pebret Mama

LPS MAKAN KITE MERAYAP PULAK!!!! DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU, JOHOR..

Hye!!



Love u..


Ouch!!


hadiah dr Abah... hahahaha


Hero..

OK..  AKHIR KATA.. SEMOGA MUHAMMAD HANIF FIRAS MENJADI ANAK YG TAAT PD ALLAH & RASUL SERTA SOLEH.. SENTIASA MENGINGATI PERINTAH ALLAH SERTA ABAH & MAMA.. MENJADI INSAN YG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.. DAN BERBAHAGIA HINGGA SYURGA..AMIN….